Tuesday, 3 April 2012

Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian yang melawat blog nie. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera pada hari ini.

ALHAMDULILLAH, Selesai sudah KURSUS PERUBATAN ISLAM: SIHIR & SAKA MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH pada 31 March 2012 di DKP 3. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang menjayakan program ini terutamanya jawatankuasa DIMAC dan DAIEMAN (Pelajar tahun 3 Da'wah dan Pengurusan Islam). Kedatangan Peserta-peserta juga amat memberangsangkan dan melepasi 'target' kita dalam program ini iaitu seramai lebih 113 peserta yang hadir pada kursus tersebut.

Berkenaan dengan penceramah jemputan Ustaz Wan Asrul Wan Husin, apa yang penulis boleh katakan adalah beliau merupakan penceramah yang bagus dan bijak dalam menyampaikan maklumat kepada peserta-peserta yang hadir. Pelbagai info-info menarik yang telah dikongsikan oleh penceramah di antaranya berkenaan dengan pembongkaran rahsia SIHIR & SAKA. Teramatlah rugi kepada rakan-rakan yang tidak menghadiri program seperti ini di tambah pula penceramah yang pandai menarik perhatian pendengar dengan celoteh dan lawaknya itu.

Berikut adalah di antara gambar-gambar semasa program berjalan.

Peserta sedang mendaftar sebelum masuk ke dewan kuliah pusat 3.

Sempat bergambar sebelum program bermula

Dr Mohd Radhi (berbaju batik) selaku perasmi Program Perubatan Islam.

Al-Fadhil Ustaz Wan Asrul Wan Husin sedang memberi keterangan berkenaan dengan SIHIR & SAKA


Apakah yang sedang dilakukan agaknya oleh Ustaz Wan Asrul?.

Di antara peserta-peserta yang sedang khusyuk mendengar ceramah.

Ustaz Wan Asrul sedang menjawab soalan dari peserta-peserta

kelibat peserta mahu berjumpa dengan Ustaz Wan Asrul selepas selesainya program.

Peserta tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan Ustaz Wan Asrul

Bergambar dengan PICOM, DIMAC, DAIEMAN bersama Ustaz Wan Asrul

Di antara kenangan Manis bersama Ustaz Wan Asrul

Lihatlah Anak ustaz Wan Asrul yang amat comel.

P/s:Semoga apa yang disampaikan oleh Ustaz Wan Asrul dapat memberi manfaat serta mengamalkan apa yang Ustaz katakan. Dan jangan lupa sampaikan maklumat @ kongsikan pengalaman anda bersama dengan rakan-rakan anda.



3 comments:

ummu said...

> i like ^_^ <

Unknown said...

Selamat beramal

Unknown said...

Selamat beramal