Ikhtilat pada asalnya bererti pergaulan. Dalam penulisan ulama Salaf, ikhtilat jarang digunakan untuk pertemuan sosial. Biasanya, digunakan perkataan Liqa’ (pertemuan), Musyarakah (penyertaan) dan Ijtima’ (perjumpaan). Untuk mengkhususkan percampuran yang cela digunakan perkataan Khalwat. Namun, dalam penulisan ulama mutakhir sering kali ditemui perkataan ikhtilat ini.
Dari sudut syariah, ianya
bermaksud, percampuran lelaki dan perempuan iaitu perkumpulan mereka
pada satu tempat, sama ada berkumpulan atau bersendirian. Kebiasaannya
menyebabkan mereka bertemu satu sama lain, berpandangan dan bertegur
sapa.
Ada yang
bertanya: “Jika ikhtilat itu tidak semuanya haram, adakah percampuran
perempuan dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki,
tanpa ada perbezaan?”
Jawapannya ialah, Tidak, secara pastinya tidak. Kerana asasnya pergaulan
lelaki sesama lelaki adalah HARUS. Tetapi pergaulan lelaki dengan
perempuan adalah Tidak harus.
ISLAM & IKHTILAT
Islam yang syumul ini tidak pernah menghalang kita sebagai umatnya untuk berinteraksi antara sama satu lain, bergaul untuk manfaat bersama, dan bermuamalah untuk perkara yang mendatangkan pahala. Walau bagaimanapun, dalam ikhtilat haruslah diingatkan, ada juga perkara yang dilarang oleh agama. Bak kata seorang pensyarah pathology, ‘there’s no rule without exception’. Pergaulan adalah haram sekiranya berdua-duaan, adalah salah jika tanpa urusan penting, adalah dilarang sekiranya mendatangkan fitnah.
Namun,
terdapat juga pergaulan yang dibolehkan. Fiqh semasa pada sama kini
menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai
aspek. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan
bergelut dalam bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja
yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka
dengan bukan mahram dan bukan kaum sejenis mereka.
Kesimpulannya, ikhtilat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
- Ikhtilat syarie
- Ikhtilat tidak syarie
IKHTILAT SYARIE
Contohnya
pertemuan Syarie : perubatan, mensyuarat, pendidikan, urusan jual beli,
kecemasan dan sebagainya yang mempunyai matlamat jelas serta tidak
bertentang dengan syarak.
IKHTILAT TIDAK SYARIE
Contoh
pertemuan tidak syarie : menonton wayang, makan-makan, menbeli-belah,
bersiar-siar dan sebagainya yang tidak ada keperluan penting.
Dari Bukhari diriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W.,”Janganlah
sekali-kali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita jika wanita
itu disertai dengan mahramnya. Tidak boleh pula seorang wanita
melakukan perjalanan kecuali disertai mahramnya.” Tiba-tiba salah
seorang sahabat berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah, sesunggunya
isteriku hendak pergi menunaikan haji, sedangkan aku sudah ditugaskan ke
peperangan anu dan anu” Rasulullah menjawab,”Pergilah engkau dan
tunaikan ibadah haji bersama isterimu.” (HR Muslim)
IKHTILAT TIDAK SYAR’IE
Ikhtilat tidak syarie merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang
melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk
pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah
persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam
masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan
kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan
perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan
kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook.
Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah
begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah
daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.
Kadang
kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat
kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka
tenggelamlah konsep ‘kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi’.
Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja.
Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.
Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.
Adakah
salah seorang nisa’ dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap,
berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi
seorang nisa’ terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi
menjaga maruah dirinya.
Dalam
Al-Quran ada menyebut: ”Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari
orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga
kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari
orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga
kehormatan mereka.” (An-Nur:31)
Apabila
rijal dan nisa’ berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan
perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga.”
Ada yang
menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas
nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita
berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan
syariatNya.
Syariat
Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan
sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan
aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Ali janganlah
pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana
sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak
(berdosa).”
Kalau dah
bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga
pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Bukanlah nak
menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan mahram:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa’ (bagi nisa’) dan rijal
(bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar
kudrat kita contohnya apabila nisa’ minta bantuan rijal soal baiki
laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa’.
Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah
sebaliknya bagi rijal.
2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat.
Elakkan meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu
disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik.
Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa’ selari dengan tuntutan Al-Quran: “Wahai
isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika
kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara,
sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan yang baik.” Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan bala-Nya?
3. Tundukkan hati.
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu
risaukan kemurkaan-Nya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan
dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara
daripada panahan syaitan.
4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar “make eye contact with the person you’re talking to”.
Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina
ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep “dari mata turun ke hati”.
Tidak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
5. Mempercepatkan urusan.
Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak
berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang
tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan.
Jangan lupa peneman anda.
Moga
kita semua tergolong dalam golongan yang mempertahankan Islam di atas
muka bumi Allah, bukan golongan yang menjatuhkan Islam itu sendiri.
Wallahua’lam
DIMAC 2013/14.
0 comments:
Post a Comment