Sunday 23 September 2012

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah syukur di atas nikmat Ilahi kerana baru-baru ini telah berlangsungnya orentasi untuk pelajar baru bagi kemasukan sesi 2012/2013. Ahlan WA Sahlan diucapkan kepada adik-adik baru terutamanya yang berjaya memilih Ijazah Sarjana Muda  program Da'wah dan Pengurusan Islam sebagai  pilihan hati. Betulkan niat dan selamat  meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi USIM, Nilai. Pergi dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. Moga dapat berbakti dan membantu ummah sejagat.






Khas untuk bakal daie..
Wahai adik-adikku...
Perjalanan ini tidak boleh terhenti..

Sayyid Qutb rahimahullah ada mengatakan,
" Mereka (para penegak dakwah) tidak boleh berputus asa dari memperbaiki jiwa dan menanamkan respon baik dari hati orang yang didakwahi. Meski penolakan dan pembangkangan seperti apapun yang muncul . Jika seratus kali, da'wah belum sampai kepada hati . Mungkin akan sampai pada seratus satu kali. Jika seribu kali , da'wah belum masuk di dalam jiwa. Mungkin akan masuk pada seribu satu kali. Dan seterusnya...
Jalan da;wah ini bukan perjalanan yang lembut dan mudah. Di sana ada liku-liku kebatilan dan kesesatan. Taqlid dan kebiasaan yang bersemayam dalam hati, yang harus disingkirkan secara perlahan-lahan dengan berbagai cara. Semua lokasi yang sensitif harus disentuh...(Fi Zilal Al-Quran,4/2394)

p/s...gmba2 akan diupload semula...INSYAALLAH..=)

0 comments: