Tuesday, 17 April 2012


Salam kepada semua rakan-rakan yang melawati blog ini.
kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan kata-kata dari salah seorang sahabat di laman sosial facebook iaitu Audadi Amani. Berikut adalah petikan kata-kata Audadi Amani.


Keimanan dan ketaqwaan itu perlu dicari, diburu dan ditangkap sehingga dapat. Keimanan dan ketaqwaan itu ibaratnya adalah suatu piala agung yang perlu dimenangi. kita perlu bertanding, berkejar-kejaran dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Tapi jangan khuatir, piala agung ini cukup untuk semua orang yang berjaya melepasi garisan penamat. Kemanisan dan kelazatan iman dan taqwa ini, hanya dapat difahami dan dinikmati oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh dalam memburunya. Syurga sedang membuka pintu-pintunya untuk mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa maka ia memerlukan kecekalan, kesabaran dan kesungguhan kerana syurga itu amat mahal harganya..




Sekiranya dakwah dan tarbiyyah itu hanyalah suatu impian. Seandainya dakwah dan tarbiyyah itu adalah suatu angan-angan dan jika dakwah dan tarbiyyah hanyalah suatu hobi di masa lapang atau pekerjaan separuh masa, sudah pastilah kini kita sudah berada di puncak dunia. Sudah tentulah kita kini sedang memerintah dunia, menjadi pusat rujukan seluruh alam dalam setiap aspek dan perkara. Dan jika begitulah keadaannya, sudah tiba masanya kita duduk selesa sambil menikmati teh o' limau panas dan pisang goreng rangup kerana sambil berborak gembira bergelak tawa.


Tetapi buat saya dan anda semua, dakwah dan tarbiyyah untuk membina individu-individu Muslim bagi mengembalikan kemuliaan Islam bukanlah suatu impian yang kosong. Dakwah dan tarbiyyah untuk membentuk dan mewujudkan masyarakat rabbani yang taat sepenuhnya kepada Tuhan yang satu bukanlah suatu angan-angan di siang hari yang liar. Tetapi ia adalah suatu kenyataan, suatu impian agung yang perlu ditanam dan disemai dalam setiap jiwa insan yang ingin melihat kembali tertegaknya agama ini. Dan ia hanya boleh menjadi kenyataan apabila ummah ini benar-benar serius dan sanggup menanggung beban yang datang bersamanya. Ia adalah impian agung, seagung impian Umar al-Farouq yang mengimpikan rijal-rijal hebat seperti ABu 'Ubaidah al-Jarrah, Muadaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Huzaifah!


"Islah Nafsak, Wad'u ghairak"
Inilah MOTO da'wah dan tarbiyyah kita..
kita kena pegang moto nie sampai bila-bila..






0 comments: