Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
Segala puji bagi Allah s.w.t,kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah..
Bersyukur ke hadrat Ilahi, selepas menempuh mehnah dan tribulasi..akhirnya program Lawatan Ilmiah ke UNISZA berjalan dengan jayanya. Seramai lebih 90 orng peserta dengan menaiki 3 buah bas pada 27 Mei hingga 29 Mei 2012 yang lalu telah terlibat dalam program tersebut. Pensyarah pengiring adalah Madam Jaziratul Shila bin Jamal dan suami.
Bemula dengan diskusi ilmiah…"Dakwah is colourful". Diskusi tersebut dipengerusikan oleh moderator Mohd
Haniff. Walaupun pada mulanya agak cemas, sekurang-kurangnya beliau
berjaya mengendalikan forum tersebut dengan jayanya. Ahli Panel terdiri
daripada Mohd Lukman Mohd Nor yang berasal dari Cheras yang pernah belajar di
Maahad Ahmadi Gemencheh, Fatimah yang
juga bekas pelajar UNISZA sewaktu diploma dahulu dan Yang di Pertua Program Dakwah
UNISZA sendiri. Diharapkan diskusi ilmiah tersebut dapat membuka mata para peserta supaya dapat mengetahui dalam erti kata yang mendalam bahawa beban dakwah itu ringan tetapi jangan diringankan, mudah.. tetapi jangan dipermudahkan. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dan mengambil ibrah dari diskusi tersebut.
Petangnya, aktiviti yang dijalankan boleh dikatakan menarik dalam erti kata dapat mengeratkan ukhwah dan mencungkil bakat kepimpinan serta kekreatifan para peserta dan yang paling penting sedikit sebanyak dapat mengetahui bahasa-bahasa Terengganu. Semoga setiap logo dan motto yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan dapat direalisasikan menjadi realiti..IF YOU BELIEVE, YOU WILL ACHIEVE..
Pada malamnya, walawpun terdapat sedikit masalah teknikal dan kelewatan, peserta menunggu dengan sabarnya untuk bersama-sama menjayakan majlis perasmian penutup. Majlis telah dipengerusikan oleh wakil tahun dua di mana bakat yang ada boleh diketengahkan. Malam tersebut peserta dihidangkan dengan hiburan yang sangat mempersonakan iaitu nasyid dan band dari kalangan mereka sendiri. Semoga lebih ramai lagi dapat melihat bakat-bakat terpendam mereka yang bakal berkilau itu. Selain itu, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah turut diadakan dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang.
Keesokan harinya, iaitu hari terakhir lawatan Ilmiah, peserta dibawa menikmati pemandangan sekitar Kuala Terengganu antaranya melawat Taman Tamadun Islam dan menaiki feri sambil mengetahui sejarah asal usul Pulau Wan Man dan Pulau2 yang berdekatan di kawasan tersebut. Tidak lupa juga singgah di Kg Losong dan Pasar Payang untuk membeli belah seketika.
Kesimpulannya, jauh perjalanan luas pemandangan. Moga2, lawatan Ilmiah kali ini dapat mengeratkan hubungan bukan saja untuk keberlangsungan projek ilmiah antara dua universiti malahan ukhwah di antara kita. Program seperti ini dilihat merupakan satu platform yang dapat mengasah soft skill, bakat dan kemahiran2 lain yang tidak diperolehi dan belajar di dalam dewan kuliah. Setiap kekurangan dan kelemahan harus diambil ikhtibar supaya tidak berulang pada masa akan datang. Belajarlah dari kesilapan kerana ia adalah pengajaran yang paling berguna buat kita. Syabbas dan tahniah bagi yang terlibat menjayakan lawatan ilmiah kali ini.
p/s: maaf gmba2 akan diupload semula...Insyaallah..=)
0 comments:
Post a Comment