Sunday, 1 July 2012


Sejahteralah ke atas kamu...


Cerita Malam Pertama
Meh sini nak citer skit. Ada sorang professor ni. Dia ada anak murid yang ramai dan kebanyakan mereka telah tamat pengajian serta bekerja bagus dengan memegang jawatan yang best-best dalam organisasi masing2. Pada satu hari, professor ni nak buat majlis ala-ala gathering dengan anak2 murid dia.


So, pada hari yang dijanjikan, ramai la murid-murid yang hadir ke rumah professor tu. Mereka berbual-bual dan bertanya khabar sesama mereka. So, tiba la masanya professor minta izin untuk masuk ke dapur bagi menyediakan minuman untuk murid-muridnya. Apabila professor tersebut keluar dari dapur, dia membawa sedulang air kopi yang telah siap diisikan ke dalam cawan-cawan yang berlainan rupa bentuk dan saiz. Ada yang bulat dan putih, ada yang baru, ada yang berwarna emas, ada yang panjang ada yang pendek dan ada juga yang kelihatan buruk walaupun bersih.




Apabila professor mempelawa semua murid-muridnya untuk minum, kesemua murid-muridnya mengambil cawan yang mereka sukai. Akhirnya tinggallah cawan yang buruk itu untuk professor. Kemudian, professor bertanya kepada murid-muridnya... apa yang menyebabkan mereka memilih cawan yang mereka telah pilih itu? Semuanya menjawab kerana sukakan bentuk cawan dan rupa yang elok. Kemudian professor berkata, bahawa dia sengaja menghidangkan minuman itu di dalam cawan yang berlainan kerana ingin memberi pelajaran kepada murid-muridnya. Dia berkata, setiap cawan yang mereka pilih itu mengandungi air yang sama rasa dan warnanya.


Setiap cawan akan tetap sebiji cawan dan fungsinya tetap sama iaitu untuk menampung air minuman supaya air minuman itu  boleh diminum, tidak kira apa jua rupa dan bentuknya. Jadi, rupa cawan itu hanya untuk memuaskan pandangan mata sedangkan yang ingin dinikmati bukan cawan itu tetapi air minuman yang ada di dalam cawan itu. Kan?


Begitulah juga dunia dan kehidupan. Kita suka memilih apa yang kita tidak perlukan. Kita lebih suka fokus kepada kepuasan pandangan mata kita terhadap sesuatu benda tu berbanding fungsi dia. Apa beza pen matabulat kilometrico yang berharga 70sen[ye ke ada lagi pen berharga bawah singgit?] dengan pen berjenama Parker yang juga bermata bulat yang berharga RM40? Sama je kan fungsi dia untuk menulis? Takde plak kita dengar pen Parker boleh check ejaan kalau tersilap tulis kan? Atau takde plak pen parker tu bleh improve tulisan kita.


Kalau handwriting tu dah macam rupa kuew tiaw kungfu, pakai le pen apa pun ye dok? Cuma sebab pen Parker tu mahal, dan rupanya nampak classy maka memakainya pun akan terasa 'lain macam' je mulia.


Saya harap korang dapat tangkap maksud saya. Nak bagi contoh banyak lagi tapi cukuplah sekadar ini. Nanti korang tak baca, takde pekdah jugak aku membebel panjang2.


Manusia biasa la. Ada keinginan yg macam-macam.  Kalau ada manusia yang kata dia takde keinginan apa-apa itu mesti propa je lebih. Dah namanya manusia, ada nafsu. Bila ada nafsu, nafsu la yg request macam-macam keinginan tu. Yang takde nafsu dan keinginan hanya malaikat. 


Cuma kita sebagai manusia kena tahu impian mana yang betul-betul perlu dicapai dan impian mana yang sepatutnya lebih elok kalau ia terus jadi impian.Maksud saya, tak semestinya impian harus ditunaikan.




Cerita Malam Kedua
Seorang lelaki yang mempunyai 2 orang anak lelaki telah memanggil kedua-dua anaknya untuk menghadapnya. Dia ingin memberikan sejumlah wang kepada kedua-duanya dengan jumlah yang sama setiap seorang. Tetapi dengan syarat anak-anaknya perlu memberitahu dengan terperinci setiap apa yang dilakukan dengan wang yang diterima itu. Setelah menerima wang masing-masing, kedua-dua anaknya pun keluar bermusafir.



Setelah sekian lama,  si ayah memanggil semula kedua-dua anaknya untuk mengetahui apa yang dilakukan dengan wang yang diberikannya dulu.


Seorang anak yang bernama Ali berkata, dia telah berjalan di pasar dan mendapati ada seorang pengemis yang kelaparan. Maka diberikan kesemua wang yang telah diberikan ayahnya kepada pengemis tersebut. Selesai di situ sahaja ceritanya.




Sementara anak yang seorang lagi yang bernama Zahid, telah membeli beberapa barang menggunakan duit tersebut. Kemudian barang-barang yang dibeli itu dijual lalu mendapat untung. Daripada untung tersebut, dia membeli lebih banyak barang untuk didagangkan dan begitulah seterusnya sehingga Zahid menjadi benar-benar kaya dan mampu membeli rumah dan kelengkapan hidup yang mewah. 


Okay... dah baca dan faham cerita kedua tu? Macam itu jugaklah nanti kita akan ditanya oleh Allah. Tentang apa yang kita lakukan dengan rezeki yang telah Dia limpahkan kepada kita. Harta yang kita miliki hanyalah amanah Allah untuk kita. Bukan hak mutlak kita sepenuhnya. Seperti Ali, jika kita bersedekah, maka soal jawab kita dengan Allah akan menjadi ringkas. Sebab lepas kita dah bersedekah, selesailah amanah kita terhadap rezeki tu.


Manakala jika kita ada banyak harta, kita akan disoal ke mana kita laburkan harta yang kita ada itu. Kalau kita beli baju yang mahal, sedangkan baju murah yang kualitinya sama pun banyak dijual, maka kita perlu menjawab nanti. Kalau kita beli kereta Audi, sedangkan jiran sebelah rumah kita hanya jalan kaki je nak pergi kerja, kita juga akan ditanya, kenapa perlu beli kereta Audi? Kenapa tak boleh beli kereta yang lebih murah dengan kebolehan yang sama dan selebihnya beri kepada jiran yang susah takde kenderaan tu. 


Sedangkan kereta tetap kereta. Yang berfungsi sebagai kenderaan untuk memudahkan kita bekerja. Tapi oleh sebab kita suka bila orang pandang tinggi bila kita pakai kereta Audi, kita rasa bangga sebab kita boleh beli Audi, orang lain takde keta Odi, maka kita dah tak pedulikan persekitaran kita. Dengan alasan, apasalahnya, duit kita dan kita mampu.


Itu contoh je. Kalau dah faham dengan dengan maksud serta contoh-contoh ni, kamu cuba relate kan semula dengan gaya hidup kita selama ni. Apa yang kite beli, sama ada perlu atau tak perlu. Kalau tidak nanti jenuh kita nak menjawab dengan Allah di padang mahsyar. Sebab tu orang kata, orang-orang yang lebih banyak hartanya akan masuk syurga lebih lambat sebab banyaknya perhitungan tentang harta-hartanya. [Lambat tu bukan sebab dia jahat, tapi perhitungan tu yg lama.].


Maaf kalau ada kelemahan dalam entry ini. Semoga ini boleh jadi peringatan kepada saya dan juga korang semua. 

0 comments: