Friday, 18 May 2012

" Dan sesiapa yang mencari deen selain Islam,maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi" (ali-Imran:85)

Salam hammasah buat semua...

Alhamdulillah...selesai sudah Program Layar Keinsafan : SEINDAH PERTEMUAN SEMANIS UKHWAH yang telah berjalan dengan jayanya pada 11 Mei 2012 yang bertempat di KEWAJA( KEM MODAL INSAN WANITA & REMAJA)  anjuran  JAWATANKUASA DA’WAH DAN PENGURUSAN ISLAM FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 


Sebagaimana Firman Allah S.W.T menerusi Surah at-Taubah Ayat 71 yang bererti: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat Kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNYA. Mereka akan diberi Rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” .

Sebagai Muslim, kehidupan kita adalah berlandaskan syariat yang telah di tetapkan oleh Allah berasaskan kepada Akidah, Syariah dan Akhlak. Namun, ada di kalangan kita yang lalai dalam melaksanakan perintah  Allah S.W.T.  Justeru, Allah mengutuskan Rasul dengan tujuan memperingatkan manusia agar mentauhidkan Allah dan melaksanakan segala titah perintah-Nya. Kini, tugas para rasul terdahulu menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai Muslim dalam melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Amanah ini meliputi semua individu dalam meletakkan manusia di atas Paksi Kebenaran.

Program ini tercetus apabila melihat betapa banyaknya manusia2 di luar sana yang amat memerlukan golongan-golongan seperti kita iaitu daie sebagai  wasilah mereka menuju Allah S.W.T. Selepas senior dibawa ke pusat ini untuk menghayati subjek yang dipelajari iaitu Current Social Issues yang diajarkan oleh Prof Madya Syarifah Meriam Bt Syed Akil tahun lepas, maka kami menyahut pelawaan En. Yahya iaitu penyelaras di KEWAJA yang mengalu-alukan pelajar-pelajar untuk membuat program di sini. Akhirnya, syukur, berpeluang juga berkongsi ilmu untuk melihat setiap individu Muslim mengetahui bahawa Islam itu ada pada rasa.

Antara aktiviti2 yang dijalankan :


·         Ice Breaking ( Tak Kenal MakaA Tak Cinta )
·         Perkenalan Lagu Tema ( Hambamu )
·         LDK 1( Indahnya Solat )
·         Tazkirah
- disampaikan oleh : Siti Hajar Binti Hassan Basri
- tajuk                     : Islam Dan Wanita
·         LDK 2 ( Masih Ada Yang Sayang )
·         LDK 3 ( Layar Keinsafan )
·         Permainan Minda
·         Menggilap Diriku-Latihan Persembahan
           -    Zikir Munajat
·         Majlis Penutup
              Perasmian Penutup Oleh : Puan Jaziratul Shila Binti Jamal
·         Persembahan Peserta
·         Perpisahan Yang Bermakna ( Salam Wehdah )

Tahniah kepada Pengarah Program, Mohd Tarmizie B Yahya dan dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain. Diharapkan program-program seperti ini, bukan sahaja dapat menyedarkan masyarakat tetapi membuka mata dalam bahayanya pergaulan bebas dan ikhtilat yang bercanggah dari syariat Islam. Sesungguhnya yang menjadi mangsa ada sesetengahnya bukanlah terlanjur, tetapi terancang..!






0 comments: