Tuesday, 3 June 2014

Sepuluh Perkara Menambah Kecintaan PadaNya

Syeikh Abdul Kadir Isa telah menyatakan jalan-jalan yang disusun oleh para ulama bagi menambah rasa cinta seorang hamba terhadap Allah SWT iaitu :


  • Membaca dan mentadabbur Al-Quran.
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  • Sentiasa zikrullah kerana menerusinya manusia akan merasai kecintaan padaNya mengikut kadar ingatanNya terhadap Allah SWT.
  • Mengutamakan apa yang dicintaiNya berbanding apa yang dicintai oleh diri ketika hawa nafsu memujuk.
  • Menghadirkan hati agar selalu mengingati asmaNya, sifat-sifatNya, menyaksikan keagunganNya, makrifat padaNya. Sesiapa yang makrifat padaNya dengan namaNya, sifatNya serta keagunganNya maka yakinlah bahawa dia akan mencapai cinta Allah SWT.
  • Mengakui dan menyedari segala kuriaan nikmat-nikmatNya baik yang zahir atau yang batin.
  • Luluhnya hati di hadapan Allah kerana menyedari kehinaan dan kelemahan diri.
  • Sentiasa berkhalwah denganNya khususnya di sepertiga malam dengan membaca kalamNya serta mengakhiri dengan istighfar dan bisikan-bisikan taubat.
  • Bergaul dan bersahabat dengan mereka yang benar-benar mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mengambil nasihat dan kalam hikmah mereka seperti pekebun memetik buah terbaik dari tanamannya.
  • Menjauhi maksiat yang akan menghijab dirimu denganNya.
Inilah sepuluh perkara yang dinyatakan ole ulama' sufi untuk menghadirkan rasa cinta dan mahabbah pada Allah SWT.

Semestinya ia disertakan dengan mujahadah yang tinggi dan bimbingan hidayah dariNya.

[ Dipetik daripada Buku Mutiara Tasawwuf Ibnu Athaillah karangan Ustaz Rashidy Jamil al-Rashid ]
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments: